Sunday 26 February 2012

♥ HATIKU MILIK SIAPA? ♥ BAB:1 PART: 1

 "Oitt, Hanif! Kau nak pergi ke kantin atau koperasi?" tegur Razif. Hanif segera menoleh ke sahabatnya sambil tangannya pantas mengeluarkan buku teks Biologi. Tangan kanannya menarik kerusi perlahan sambil dia membuka buku teks yang diambilnya tadi.

  "Tak kot, sebab kau tahukan kelas kita nie terletak kat aras 4. Jenuh aku nanti nak naik-turun, naik-turun. Nanti tak pasal-pasal aku yang tinggi nie jadi kontot macam kau, hahahhahahh" perli hanif.


  "Alaaa...Cakap jelah, yang kau nak baca bukukan? Aku dah masaklah dengan perangai ulat buku kau ni" bantah Razif yang sememangnya paham benar dengan sikap rakannya itu. Mahutaknya, hampir setiap hari Hanif membaca buku sehingga digelar "UB Hanif" a.k.a Ulat Buku SiHanif.

  "Hehehhehehh...Kau macam tahu-tahu jekan" sengih Hanif seperti kerang busuk. 'Mana taknya, kalau kau dah keluarkan buku biologi mestilah kau nak baca. Apalah mamat sengal nie" kutuk Razif didalam hatinya. Hanif yang melihat rakannya yang membisu saja, mula menaruh syak wasangka kepada rakannya seorang itu.

  "Hahh....Nie kau sengap ni, mesti mengutuk akukan?" sergah Hanif sehingga hampir menyebabkan Razif menjerit bagaikan orang yang terkena histeria.

  "Hishh..Kau ni, mana ada aku mengata kau " tersedu Razif seketika, sambil tangannya kemas menutup mulutnya yang terlepas sudah cakap.

  "Owhhh...Kau mengata aku ye. Siap kau Razif!" Hanif terus bangkit dari kerusi yang didukinya dan segera mengejar Razif. Tapi sayangnya, seperti dijangkakan Razif telah hilang dari pandangannya saat dia menlangkah keluar dari bilik darjah.

  "Hishhh..Cepatnya dia lari, macam tahu-tahu jekan yang aku nak bagi 'hadiah' penumbuk kat dia nie!" Hanif menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Hampir semput juga dia berlari walhal tak jauh manapun. Dia menlihat kekanan dan kekiri. "Kosong" itu saja yang mampu Hanif katakan setelah meninjau kekelas -kelas yang berhampiran kelasnya. Dia mendekatkan diri dengan beranda dihadapan kelasnya. Kedua-dua belah tangannya memengang besi beranda itu. Hanif menarik nafas dan melepaskannya dengan terang. Jauh disudut hatinya dia bersyukur kerana diizini oleh-Nya, kerana diberi peluang lagi untuk bernafas.

  Dihujung beranda sana, seorang pelajar perempuan yang sejak dari tadi memerhatikan Hanif, tersimpul dibibirnya sebuah senyuman. 'Hensemnya' usik hati kecilnya. Dia terus memerhatikan Hanif sehingga Hanif merasakan seperti ada aura yang memerhatikannya. Kepalanya berpusing- pusing mencari punca sebenar. Matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang kedua-dua lengannya di besi beranda, berhampiran dengannya.

  Wanie yang menyendari dirinya turut juga diperhatikan, merenung ke arah Hanif. Pandangan mereka berdua bertaut. Wanie tersenyum manis lalu, berlalu pergi. Hanif yang masih lagi terkejut dengan apa yang terdaji , terlompong seketika.

  "Manisnya" ungkapnya dari bibirnya. Hanif yang masih lagi berada dalam dunianya, tidak menyedari akan kawannya Razif,mula menghampirinya lalu memengang bahu kanannya. Hampir menlatah siHanif dengan tindakan Razif itu.

  "Woi,apa nie main tampar-tampar pulak! Terkejut tau!" keras siHanif berkata-kata sekaligus khayalan tentang pelajar perempuan tadi hilang serta-merta. 'Ehh..ehh..ehh...Mamat sengal nie,  aku dah banyak kali dah bagi salam,kau yang mengelamun. Aku pulak yang salah' rungut hati Razif.

  "Hey, tolong sikit ye! Aku dari tadi dah penat tau bagi salam, kau tu saja yang mengelamun. Salahkan aku pulak" bantah siRazif sekeras-kerasnya yang boleh.

  "Kalau ye pon, janganlah sampai tampar-tampar bahu. Hampir sawan aku tadi kau buat tau" balas siHanif yang sememangnya tidak mahu beralah dengan rakannya.

  "Hoi, cik abang! Aku pegang je, bukan tampar pun.Tak kuasa mak!" Razif menunjuk gaya dia memengang bahu Hanif dengan menggunakan cara-cara seperti maknyah. Hanif yang menlihat, Razif yang membuat suara seakan-akan seperti maknya mulai merasa geli dan sekali gus dia terus menlangkah masuk kelas tanpa mempedulikan Razif yang memanggilnya seperti pondan.

  "Hanif, Hanif jangan tinggalkan I!" rayu Razif seperti pondan sambil berlari kearah mereka.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  Wanie terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Sesekali terdengar bunyi siulan lelaki yang ingin mengoratnya. 'Huhh..Gatal, tak padam dengan duduk kelas pon no berapa' cebik Wanie yang rimas dengan kelakuan segelintir pelajar lelaki disekolahnya, yang bersikap gatal dan sebagainya.

  Dia terus menlangkah masuk ke kelas 3Fizik. Megat yang sedari tadi memerhatikannya di tangga sedari tadi, tersenyum kelat. 'Sekejap lagi saja Wanie, sekejap saja' bisik Megat. Dia terus menlangkah masuk kekelasnya, 3 Beta.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  Wanie memasukkan semua buku sekolahnya. Kebanyakkan pelajar kelas 3Fizik telah lama beredar pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi segelintir pelajar perempuan yang menyapu sampah dikoridor kelas.

  "Siap! Jom Tiekah,balik. Nanti boleh kita lunch sama-sama" ajak Wanie.
  "Hmmm...Jomlah" mendatar saja suara Atiekah. Wanie terus mengambil beg sekolahnya, dan diiringi oleh Atiekah mereka berjalan pulang bersama-sama. Mereka sekadar berbasa-basi saja, sepanjang perjalanan itu.

  "Agaknya, sampai bila kau nak tunggu dia?" soal Atiekah bersahaja. Wanie yang sejak tadi memerhati, kalau-kalau ibunya datang menjemput, tersentak. Seketika dia terdiam. Dalam pada masa yang sama, dia terkejut juga kerana dipersoalkan sebegitu rupa.

  "A...a..apa maksud kau?" gagap Wanie bertanya. Atiekah segera berhenti dan merenung tajam kearah Wanie.

  "Aku cakap,sampai bila kau nak tunggu SiHanif tu? Dah hampir tiga tahunkan, kalau massuk tahun ni?" soal Atiekah semula. tanpa membuang masa Wanie terus menjawab.

  "Kalau aku tunggu dia sampai bila-bila boleh?".

  "Wanie, aku serius nie! Cuba kau cakap betul-betul boleh tak?" bentak Atiekah. Wanie menlepaskan keluhan panjang.

  "Entahlah, Tiekah. Dulu kalau aku suka kat budak lelaki lain masa sekolah rendah, perasaan aku tak macam nie pun. Maybe sebab kita dah matang kot, kot" serak saja suara Wanie. Atiekah dapat merasakan satu perasaan suci yang lahir dari lubuk hati kecil Wanie.

  "Habis macam mana dengan siMegat tu?" Atiekah bertanya lagi kepada Wanie. Wanie menoleh kearah Atiekah. kepalanya mengeleng, sambil tersenyum kelat kearah temannya itu.

  "Megat tu, masa silam aku Tiekah.Masa silam yang takkan pernah sekali akan aku selami lagi. Cukuplah sekali aku derita, tiekah "luah Wanie. Sekaligus menjawab segala pertanyaan Atiekah. Atiekah terdiam seketika. Tanpa mereka menyedari, mereka telah sampai di rumah Atiekah.

  "Sorrylah Wanie, aku tak boleh nak teman kau lunch hari ni. Esok maybe boleh. Ni aku nak hantar kau sampai rumah ke tak?" Tiekah menanggalkan kasut sekolahnya tanpa menoleh kearah Wanie. Wanie yang berdiam diri dari tadi,mengeleng. Dia terus berlalu keluar dari rumah Atiekah. Atiekah yang menlihat kepergian Wanie, hanya mampu mengeleng sahaja.