Saturday 18 August 2012

♥ HATIKU MILIK SIAPA? ♥ BAB:1 PART: 3 end

 "Hari ni, kau taknak pergi kantin ke?" tanya Wanie kepada Tiekah. 

 "Taknaklah, sebab aku puasa ganti. Kau tak ganti lagi ke puasa kau yang tahun lepas. Sekarang ni dah bulan 6 dan kot" soal Tiekah kembali. Wanie hanya tersengih seperti kerang busuk.

 "Tak lagi, maybe next week ye, baru aku mula ganti puasa hehhehehh" Tiekah hanya mengeleng saja. 

 "Wanie, kalau kau nak rehat, pergilah. Aku nak lepak kat library je, baca buku".

 "Ishhh... Sampai hati kau biarkan aku makan sendirian. Kau tak takut ke, nanti kawan kau yang comel ni kena culik ke, huh?" bulat sahaja mata Tiekah mendengarnya.

 "Kau ni tak betul ke, sapalah nak culik kau tu? Dah la makan kuat tahap gaban bukan tahap dewa dah ok" Wanie mencubit lengan Tiekah. Aduihhhhh.....

 "Sakitlahhhhh, Wanie!" jerit Tiekah sambit tangannya mengusap lengan kirinya.

 "Padam muka! Kutuk aku lagi. Buweeekkkk" Wanie menjelir lidah kearah Tiekah. Tiekah yang geram menlihat perilaku Wanie mula mengejar Wanie. Kelas yang tadi sunyi sepi mula riuh rendah dengan kerenah dua sekawan ini. 

 "Kau tunggu, kau. Nanti aku dapat siap kau, aku geletek sampai kau takboleh nak ketawa lagi!" Tiekah mengugut, tetapi Wanie tidak menghiraukannya malah mula merasa seronok kerana dapat mengenakan sahabat baiknya itu. 

 "Kejarlah sampai dapat! Hheheeheheh" sedar tak sedar Wanie sudah berada di luar kelasnya. Dia berlari tanpa memandang ke belakang. Tiba-tiba....Aduhhhh...Wanie jatuh terduduk.

 "Sorry-sorry, saya tak sengaja" opsss dia rupanya. Takpalah kasi Wanie chance kejap, hehehhehehe. Tiekah berlari semula kedalam kelas, sambil tidak lekang senyuman dibibirnya.

 "Sorry-sorry, saya betul-betul tak sengaja. Awak tak apa-apa?" aduhhh sakitnya punggung aku, Wanie menahan sakitnya. Dia menoleh mencari suara meminta maaf kepadanya. Ehhh dia, Wanie terus bangun untuk berdiri. Aishhhman budak perempuan hari tu la, Hanif terkaku seketika.

 "It so okay, saya tak apa-apa" Wanie terus beredar dari situ. Hanif yang menlihatnya masih terkaku ditempatnya, sehinggalah Yusri menegurnya untuk mengajak pulang kekelas. Dia memerhati Wanie yang baru memasuki kelas 3 Beta sambil berlari anak. Ohhhh junior aku rupanya, from 3 pulak tu. Ada pulangla aku nampaknya, hehheheheh. Dia terus berlalu pergi dari situ.

 Manakala Wanie masuk kekelas sambil berlari anak menuju ke tempat duduknya. Dia terus menekup mukanya dimeja belajar. Hishhhhh, malunya tadi. 

 "Hehehehehhe, macam mana tadi kawan, seronok tak?" Tiekah ketawa kecil kerana mengingat kejadian tadi.

 "Seronok hotak kau! Kau sajakan, tinggalkan aku seorang kat situ. Bukan nak tolong ke apa, ini boleh pulak lari masuk kekelas balik!" Wanie pura-pura menangis.

 "Alaaaaa...siannya dia. Beritahu jelah yang kau suka tadi bagai nak rak, kan" sendir Tiekah bersahaja.

 "Hhehehehehhe, adala sikit. Tapi tak bestlah dengan styles ni, tak gempak" geleng Wanie.

 "Aikkk, dah habis nangis? Kalau tak meh sini aku pergi panggil abang Hanif kau tu" usik Tiekah.

 "Woii, kau jangan buat gila Tiekah! Aku tengah 'bendera' ni" marah Wanie. Kuatir jika Tiekah membuat apa yang dikatakannya nanti.

 "Huhhh, tau takut! Dahla cikgu dah masuk tu nanti kita borak lagi ye makcik" Wanie menunjukkan thumb up menunjukkan dia setuju dengan Tiekah.

Monday 30 July 2012

♥ HATIKU MILIK SIAPA? ♥ BAB:1 PART: 2

  "Ku benar-benar cinta....Ku benar-benar sayang....Tak tertahan bila hati terasa, kemana kau menghilang" serak saja nyanyian Hanif. Tangannya cekap memetik gitar. Fikirannya benar-benar kusut apabila mengenangkan kejadian petang tadi, saat dia terpandangkan seorang pelajar perempuan di depan koridor kelasnya.

  'Cheanggg..' dia memetik kasar pada gitarnya. 'Siapa gadis itu, ye' bisik hatinya. Pintu bilik dikuak. Yuyu menyuakan kepalanya setelah Hanif membenarkan dia masuk.

  "Kenapa dengan abang ni?Yuyu dari tadi, terjerit-jerit kat bawah tu panggil abang. Abang boleh lepak baik punya kat sini?" tempelak Yuyu dengan tegang sambil mencekak pinggangnya, tanda protes. Hanif yang melihat keadaan adiknya itu, mengerut kening. Tanda tidak mengetahui apa-apa.

  "Asal dengan Yuyu ni? Abang dari tadi lepak dalam bilik, tak dengar apa-apa pun. Ke Yuyu yang kelentong abang, ni?" tembak Hanif. Yang semestinya memang terkena pada papan sasarannya. Yuyu menlepaskan keluhan kasar. Dia menghenyakkan punggungnya ke birai katil Hanif.

  "Abang Hanif tahu tak, yang perempuan biul tu ada kat tingkat bawah sekarang?" jerit Yuyu sedikit kasar. Bengang telinga Hanif mendengar jeritan Yuyu. Dia menutup kedua-dua belah telingannya.

  "Ishhh..Yuyu ni,pekakla telinga abang nanti" Hanif mengusap kedua-dua belah telingannya. Yuyu menlihat tingkah Hanif yang bersahaja itu,lalu menjeling tajam kearahnya.Tiba-tiba pintu kamar tidur itu ditolak. Dan kelihatan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang memakai dress paras lutut tanpa lengan itu tersimpul satu senyuman menggoda kearah adik-beradik itu. Yuyu membalas senyuman itu hendak tak hendak sahaja. Didalam hatinya mula merangka idea yang pastinya akan mengenakan abangnya itu.

 'Siaplah, abang Hanif. Hehhehheheh' gertak Yuyu didalam hatinya.

 "Abang, Yuyu kena buat homework Math sebab esok cikgu nak tengok dah. Nanti ada apa-apa hal, just call me ok! " kenyit mata Yuyu keabangnya.

 'Ohhhh, Yuyu not again!' Hanif mula resah. Dia tahu niat Yuyu yang sebenarnya. Chehhh... kata pergi buat homework, padahal nak buat tahi mata tu. Rungut Hanif.

 "You, I boringla. Jom kita keluar nak?" rengek Juwita . Hanif yang menlihat gelagat Juwita merasa geli gelaman yang amat, yang pastinya geli lagi dari menonton rancangan TLC iaitu Bizarre Food with Andrew Zimmen itu.

 "Hey, you ni tahu ke atau buat tak tahu. Sekarang ni dah jam 10;30 tau" Hanif menunjuk kearah jam dindingnya. Juwita mula mendekati Hanif. Hanif terus berdiri dan berjalan kearah pintu kamarnya.

 "Juwita, sekarang dah lewat. I rasa you patut balik sekarang. Lagipun tak manis anak dara keluar malam-malam datang ke rumah orang lelaki" Hanif menyuakan tangannya, sebagai tanda menyuruh Juwita agar beredar dari kamarnya.

 "Alaaaaaa you ni, awal lagi kan. Lagi pun parents I tahu yang I singgah kerumah you" Juwita memengang lengan Hanif. Dengan serta merta buluroma Hanif naik menegak dengan tiba-tiba.

 "No, Juwita. I said go now" Hanif menenpis lengannya dari disentuh lagi oleh Juwita. Juwita yang terkejut dengan tindakan Hanif itu mula menarik muka.

 " Fine! I go now, huhh!" Juwita terus keluar dari kamar itu. Lantas Hanif dengan serta merta menutup pintu kamarnya itu. Fuhhhhhh, lega. Keluhan kecil dilepaskannya. Juwita menuruni tangga rumah banglo 2 tingkat itu dengan pantas. Dia mencapai beg tangan emasnya itu.

 "Hai, kak. Awal balik, taknak minum dulu ke. Heheheehhe" sindir Yuyu diberanda biliknya. Juwita yang menlihat kelakuan itu menarik kasar pintu kereta Mini Volkswage nya, sebagai tanda lepas geram. Kemudian dia terus memecut laju keluar dari ruang legar rumah banglo itu. Yuyu sengih saja.

 "Padam muka kau, orang dah taknak tu tak reti-reti nak paham ke? Hahahahahah!" Yuyu terus menerjun ke kolam mandi rumahnya yang terletak betul-betul di bawah beranda biliknya.

 "Ahhhhhh lega sikit" Yuyu menyanyi sendiri di situ. 

Sunday 26 February 2012

♥ HATIKU MILIK SIAPA? ♥ BAB:1 PART: 1

 "Oitt, Hanif! Kau nak pergi ke kantin atau koperasi?" tegur Razif. Hanif segera menoleh ke sahabatnya sambil tangannya pantas mengeluarkan buku teks Biologi. Tangan kanannya menarik kerusi perlahan sambil dia membuka buku teks yang diambilnya tadi.

  "Tak kot, sebab kau tahukan kelas kita nie terletak kat aras 4. Jenuh aku nanti nak naik-turun, naik-turun. Nanti tak pasal-pasal aku yang tinggi nie jadi kontot macam kau, hahahhahahh" perli hanif.


  "Alaaa...Cakap jelah, yang kau nak baca bukukan? Aku dah masaklah dengan perangai ulat buku kau ni" bantah Razif yang sememangnya paham benar dengan sikap rakannya itu. Mahutaknya, hampir setiap hari Hanif membaca buku sehingga digelar "UB Hanif" a.k.a Ulat Buku SiHanif.

  "Hehehhehehh...Kau macam tahu-tahu jekan" sengih Hanif seperti kerang busuk. 'Mana taknya, kalau kau dah keluarkan buku biologi mestilah kau nak baca. Apalah mamat sengal nie" kutuk Razif didalam hatinya. Hanif yang melihat rakannya yang membisu saja, mula menaruh syak wasangka kepada rakannya seorang itu.

  "Hahh....Nie kau sengap ni, mesti mengutuk akukan?" sergah Hanif sehingga hampir menyebabkan Razif menjerit bagaikan orang yang terkena histeria.

  "Hishh..Kau ni, mana ada aku mengata kau " tersedu Razif seketika, sambil tangannya kemas menutup mulutnya yang terlepas sudah cakap.

  "Owhhh...Kau mengata aku ye. Siap kau Razif!" Hanif terus bangkit dari kerusi yang didukinya dan segera mengejar Razif. Tapi sayangnya, seperti dijangkakan Razif telah hilang dari pandangannya saat dia menlangkah keluar dari bilik darjah.

  "Hishhh..Cepatnya dia lari, macam tahu-tahu jekan yang aku nak bagi 'hadiah' penumbuk kat dia nie!" Hanif menarik nafas dan melepaskannya perlahan. Hampir semput juga dia berlari walhal tak jauh manapun. Dia menlihat kekanan dan kekiri. "Kosong" itu saja yang mampu Hanif katakan setelah meninjau kekelas -kelas yang berhampiran kelasnya. Dia mendekatkan diri dengan beranda dihadapan kelasnya. Kedua-dua belah tangannya memengang besi beranda itu. Hanif menarik nafas dan melepaskannya dengan terang. Jauh disudut hatinya dia bersyukur kerana diizini oleh-Nya, kerana diberi peluang lagi untuk bernafas.

  Dihujung beranda sana, seorang pelajar perempuan yang sejak dari tadi memerhatikan Hanif, tersimpul dibibirnya sebuah senyuman. 'Hensemnya' usik hati kecilnya. Dia terus memerhatikan Hanif sehingga Hanif merasakan seperti ada aura yang memerhatikannya. Kepalanya berpusing- pusing mencari punca sebenar. Matanya dapat menangkap kelibat seorang gadis yang kedua-dua lengannya di besi beranda, berhampiran dengannya.

  Wanie yang menyendari dirinya turut juga diperhatikan, merenung ke arah Hanif. Pandangan mereka berdua bertaut. Wanie tersenyum manis lalu, berlalu pergi. Hanif yang masih lagi terkejut dengan apa yang terdaji , terlompong seketika.

  "Manisnya" ungkapnya dari bibirnya. Hanif yang masih lagi berada dalam dunianya, tidak menyedari akan kawannya Razif,mula menghampirinya lalu memengang bahu kanannya. Hampir menlatah siHanif dengan tindakan Razif itu.

  "Woi,apa nie main tampar-tampar pulak! Terkejut tau!" keras siHanif berkata-kata sekaligus khayalan tentang pelajar perempuan tadi hilang serta-merta. 'Ehh..ehh..ehh...Mamat sengal nie,  aku dah banyak kali dah bagi salam,kau yang mengelamun. Aku pulak yang salah' rungut hati Razif.

  "Hey, tolong sikit ye! Aku dari tadi dah penat tau bagi salam, kau tu saja yang mengelamun. Salahkan aku pulak" bantah siRazif sekeras-kerasnya yang boleh.

  "Kalau ye pon, janganlah sampai tampar-tampar bahu. Hampir sawan aku tadi kau buat tau" balas siHanif yang sememangnya tidak mahu beralah dengan rakannya.

  "Hoi, cik abang! Aku pegang je, bukan tampar pun.Tak kuasa mak!" Razif menunjuk gaya dia memengang bahu Hanif dengan menggunakan cara-cara seperti maknyah. Hanif yang menlihat, Razif yang membuat suara seakan-akan seperti maknya mulai merasa geli dan sekali gus dia terus menlangkah masuk kelas tanpa mempedulikan Razif yang memanggilnya seperti pondan.

  "Hanif, Hanif jangan tinggalkan I!" rayu Razif seperti pondan sambil berlari kearah mereka.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  Wanie terus berjalan tanpa mempedulikan sesiapa. Sesekali terdengar bunyi siulan lelaki yang ingin mengoratnya. 'Huhh..Gatal, tak padam dengan duduk kelas pon no berapa' cebik Wanie yang rimas dengan kelakuan segelintir pelajar lelaki disekolahnya, yang bersikap gatal dan sebagainya.

  Dia terus menlangkah masuk ke kelas 3Fizik. Megat yang sedari tadi memerhatikannya di tangga sedari tadi, tersenyum kelat. 'Sekejap lagi saja Wanie, sekejap saja' bisik Megat. Dia terus menlangkah masuk kekelasnya, 3 Beta.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
  Wanie memasukkan semua buku sekolahnya. Kebanyakkan pelajar kelas 3Fizik telah lama beredar pulang ke rumah masing-masing. Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi segelintir pelajar perempuan yang menyapu sampah dikoridor kelas.

  "Siap! Jom Tiekah,balik. Nanti boleh kita lunch sama-sama" ajak Wanie.
  "Hmmm...Jomlah" mendatar saja suara Atiekah. Wanie terus mengambil beg sekolahnya, dan diiringi oleh Atiekah mereka berjalan pulang bersama-sama. Mereka sekadar berbasa-basi saja, sepanjang perjalanan itu.

  "Agaknya, sampai bila kau nak tunggu dia?" soal Atiekah bersahaja. Wanie yang sejak tadi memerhati, kalau-kalau ibunya datang menjemput, tersentak. Seketika dia terdiam. Dalam pada masa yang sama, dia terkejut juga kerana dipersoalkan sebegitu rupa.

  "A...a..apa maksud kau?" gagap Wanie bertanya. Atiekah segera berhenti dan merenung tajam kearah Wanie.

  "Aku cakap,sampai bila kau nak tunggu SiHanif tu? Dah hampir tiga tahunkan, kalau massuk tahun ni?" soal Atiekah semula. tanpa membuang masa Wanie terus menjawab.

  "Kalau aku tunggu dia sampai bila-bila boleh?".

  "Wanie, aku serius nie! Cuba kau cakap betul-betul boleh tak?" bentak Atiekah. Wanie menlepaskan keluhan panjang.

  "Entahlah, Tiekah. Dulu kalau aku suka kat budak lelaki lain masa sekolah rendah, perasaan aku tak macam nie pun. Maybe sebab kita dah matang kot, kot" serak saja suara Wanie. Atiekah dapat merasakan satu perasaan suci yang lahir dari lubuk hati kecil Wanie.

  "Habis macam mana dengan siMegat tu?" Atiekah bertanya lagi kepada Wanie. Wanie menoleh kearah Atiekah. kepalanya mengeleng, sambil tersenyum kelat kearah temannya itu.

  "Megat tu, masa silam aku Tiekah.Masa silam yang takkan pernah sekali akan aku selami lagi. Cukuplah sekali aku derita, tiekah "luah Wanie. Sekaligus menjawab segala pertanyaan Atiekah. Atiekah terdiam seketika. Tanpa mereka menyedari, mereka telah sampai di rumah Atiekah.

  "Sorrylah Wanie, aku tak boleh nak teman kau lunch hari ni. Esok maybe boleh. Ni aku nak hantar kau sampai rumah ke tak?" Tiekah menanggalkan kasut sekolahnya tanpa menoleh kearah Wanie. Wanie yang berdiam diri dari tadi,mengeleng. Dia terus berlalu keluar dari rumah Atiekah. Atiekah yang menlihat kepergian Wanie, hanya mampu mengeleng sahaja.