Monday 30 July 2012

♥ HATIKU MILIK SIAPA? ♥ BAB:1 PART: 2

  "Ku benar-benar cinta....Ku benar-benar sayang....Tak tertahan bila hati terasa, kemana kau menghilang" serak saja nyanyian Hanif. Tangannya cekap memetik gitar. Fikirannya benar-benar kusut apabila mengenangkan kejadian petang tadi, saat dia terpandangkan seorang pelajar perempuan di depan koridor kelasnya.

  'Cheanggg..' dia memetik kasar pada gitarnya. 'Siapa gadis itu, ye' bisik hatinya. Pintu bilik dikuak. Yuyu menyuakan kepalanya setelah Hanif membenarkan dia masuk.

  "Kenapa dengan abang ni?Yuyu dari tadi, terjerit-jerit kat bawah tu panggil abang. Abang boleh lepak baik punya kat sini?" tempelak Yuyu dengan tegang sambil mencekak pinggangnya, tanda protes. Hanif yang melihat keadaan adiknya itu, mengerut kening. Tanda tidak mengetahui apa-apa.

  "Asal dengan Yuyu ni? Abang dari tadi lepak dalam bilik, tak dengar apa-apa pun. Ke Yuyu yang kelentong abang, ni?" tembak Hanif. Yang semestinya memang terkena pada papan sasarannya. Yuyu menlepaskan keluhan kasar. Dia menghenyakkan punggungnya ke birai katil Hanif.

  "Abang Hanif tahu tak, yang perempuan biul tu ada kat tingkat bawah sekarang?" jerit Yuyu sedikit kasar. Bengang telinga Hanif mendengar jeritan Yuyu. Dia menutup kedua-dua belah telingannya.

  "Ishhh..Yuyu ni,pekakla telinga abang nanti" Hanif mengusap kedua-dua belah telingannya. Yuyu menlihat tingkah Hanif yang bersahaja itu,lalu menjeling tajam kearahnya.Tiba-tiba pintu kamar tidur itu ditolak. Dan kelihatan seorang gadis yang berusia 16 tahun yang memakai dress paras lutut tanpa lengan itu tersimpul satu senyuman menggoda kearah adik-beradik itu. Yuyu membalas senyuman itu hendak tak hendak sahaja. Didalam hatinya mula merangka idea yang pastinya akan mengenakan abangnya itu.

 'Siaplah, abang Hanif. Hehhehheheh' gertak Yuyu didalam hatinya.

 "Abang, Yuyu kena buat homework Math sebab esok cikgu nak tengok dah. Nanti ada apa-apa hal, just call me ok! " kenyit mata Yuyu keabangnya.

 'Ohhhh, Yuyu not again!' Hanif mula resah. Dia tahu niat Yuyu yang sebenarnya. Chehhh... kata pergi buat homework, padahal nak buat tahi mata tu. Rungut Hanif.

 "You, I boringla. Jom kita keluar nak?" rengek Juwita . Hanif yang menlihat gelagat Juwita merasa geli gelaman yang amat, yang pastinya geli lagi dari menonton rancangan TLC iaitu Bizarre Food with Andrew Zimmen itu.

 "Hey, you ni tahu ke atau buat tak tahu. Sekarang ni dah jam 10;30 tau" Hanif menunjuk kearah jam dindingnya. Juwita mula mendekati Hanif. Hanif terus berdiri dan berjalan kearah pintu kamarnya.

 "Juwita, sekarang dah lewat. I rasa you patut balik sekarang. Lagipun tak manis anak dara keluar malam-malam datang ke rumah orang lelaki" Hanif menyuakan tangannya, sebagai tanda menyuruh Juwita agar beredar dari kamarnya.

 "Alaaaaaa you ni, awal lagi kan. Lagi pun parents I tahu yang I singgah kerumah you" Juwita memengang lengan Hanif. Dengan serta merta buluroma Hanif naik menegak dengan tiba-tiba.

 "No, Juwita. I said go now" Hanif menenpis lengannya dari disentuh lagi oleh Juwita. Juwita yang terkejut dengan tindakan Hanif itu mula menarik muka.

 " Fine! I go now, huhh!" Juwita terus keluar dari kamar itu. Lantas Hanif dengan serta merta menutup pintu kamarnya itu. Fuhhhhhh, lega. Keluhan kecil dilepaskannya. Juwita menuruni tangga rumah banglo 2 tingkat itu dengan pantas. Dia mencapai beg tangan emasnya itu.

 "Hai, kak. Awal balik, taknak minum dulu ke. Heheheehhe" sindir Yuyu diberanda biliknya. Juwita yang menlihat kelakuan itu menarik kasar pintu kereta Mini Volkswage nya, sebagai tanda lepas geram. Kemudian dia terus memecut laju keluar dari ruang legar rumah banglo itu. Yuyu sengih saja.

 "Padam muka kau, orang dah taknak tu tak reti-reti nak paham ke? Hahahahahah!" Yuyu terus menerjun ke kolam mandi rumahnya yang terletak betul-betul di bawah beranda biliknya.

 "Ahhhhhh lega sikit" Yuyu menyanyi sendiri di situ. 

No comments:

Post a Comment